hari sabtu lepas..ketika kuliah KHIDMAT MASYARAKAT
lecturer aku, Dr Rosli telah menyampaikan kuliah berkaitan masyarakat dengan panjang lebarnya dan penuh semangatnya..
walaupun sedang berpuasa(yela..mmg tanggungjawab beliau kan)
namun lumrahnya..
keadaan atau reaksi pelajar-pelajar yang mengikuti kelas tersebut adalah sama, seperti keadaan mereka mengikuti kelas-kelas seperti semester lepas..
yakni kelas hubungan etnik,pengurusan masa,falsafah alam sekitar, titas,hubungan insan ataupun pengurusan emosi..
kedatangan pelajar pada setiap waktu kuliah boleh dikatakan "tidak pernah cukup"..
hanya ketika hari pertama sahaja,semua pelajar bersungguh-sungguh mengikuti kelas ini..??
walaupun kelas tersebut hanya seminggu sekali.tetapi kenapa kita rasa berat atau malas nak menghadirinya..??
ada siape2 yg boleh jawab..???
namun berapa peratus sahaja yang mendengar segala info yang diucapkan oleh pensyarah..??
ada yang tidur..ada yang mendengar MP3..ada yang bertukar-tukar isu semasa dengan kawan di sebelah
dan ada yang keluar masuk dari dewan kuliah
yang rajin sikit,mula la membuka nota kuliah lain, membaca buku2 rujukan atau melayan perasaan sendirian tanpa mengacau org lain..
nukilan di atas hanya untuk memberi gambaran sebenar sahaja,
kerana hampir semua kita mengalami benda yang sama..
emm..sebenarnya, sy tertarik dgn video yang diselitkan dgn ceramah2 yang diberikan hari tersebut berkaitan sikap orang malaysia
jika nak tengok..klik di sini
sy bukan nak promote org yg berlakon tp mesej yang ditunjukkan dalam video ni..
bnyak isu yang dibincangkan..
dan sy hanya nak mengupas dua isu sahaja..
bola sepak
kita sedar bola sepak adalah satu sukan yang menjadi satu fenomena yang sangat besar dalam rakyat Malaysia
namun prestasi dan mutu bola sepak kita semakin mengecewakan..
walaupun saya kurang arif tentang dunia bolasepak ini..
namun satu ketika dahulu saya juga pernah meminati sukan ini
sukan ini sangat menarik kerana ia memerlukan pelbagai aspek seperti kecekapan, strategi serta pengurusan emosi pemain..
tetapi.. kalau kita lihat sekarang..
tahap pemain kita kurang berbanding pemain2 dahulu
hal ini menyebabkan kebanyakkan rakyat mula beralih kepada bola sepak antarabangsa
sebagai rakyat yang hidup dalam negara yang bebas bersuara
kita tidak ada hak untuk menghalang mereka daripada meminati pasukan lain..
tetapi.. kita boleh mengatasinya dengan meningkatkan keupayaan serta bakat pemain-pemain negara
dan..
tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat negara luar akan menyanjungi pasukan kita yang terdiri drpd pemain2 yang berbakat
isu bahasa inggeris
isu ini sering diperdengarkan sekarang dan menjadi bualan hebat rakyat jelata sebenarnya, saya kurang bersetuju apabila kerajaan menukar balik tindakannya.. untuk mengembalikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris..
saya yang lahir sebelum tahun 90-an juga hidup dengan mempelajari sains dan matematik dlm bahasa melayu namun apabila menjejakkan kaki ke matrikulasi, sy berasa sangat sukar pada mulanya..
untuk mengubah istilah2 yang baru dipelajari
namun.. setelah belajar dalam bahasa inggeris,
syukur Alhamdullilah kerana pelajaran dalam bahasa inggeris lebih mudah difahami berbanding apa yang saya pelajari sebelum ini
sumber-sumber tambahan juga mudah diperoleh kerana majoriti maklumat adalah dalam bahasa inggeris..
namun...
ramai yang berpendapat bahawa belajar dalam bahasa inggeris adalah membebankan bagi pelajar-pelajar luar bandar tapi..
saya yang datang dari luar bandar merasakan ia bukan sesuatu yang membebankan.keluarga saya juga tidak pernah mempraktikkan bahasa tersebut dan bahasa ini juga satu bahasa yang asing dalam kehidupan saya
saya lebih setuju merasakan mempelajari dalam bahasa inggeris lebih mudah berbanding bahasa melayu
datang dari luar bandar atau dari bandar,kota raya atau luar negara tidak menjadi alasan untuk mempelajari dan menguasai bahasa ini..
hal ini kerana bahasa ini amat penting untuk kegunaan pada masa hadapan bukanlah saya menegaskan bahawa bertutur dalam bahasa melayu adalah memalukan tetapi saya ingin menegaskan kepentingan kita mempelajari pelbagai bahasa
mahukah anda diperkotak-katikkan kerana tidak memahami bahasa lain..?
semua itu terletak dalam diri anda, tepuk dada...tanyalah ape yang anda rasakan baik untuk anda
saya menulis melalui pengalaman...
menguasai bahasa inggeris bukannya bermaksud kita ni lupa daratan kerana tidak mengamal bahasa nenek moyang kita tetapi kita cuma untuk menaikkan status kita di mata dunia
3 comments:
kalo aku jadi cikgu BM ko kan..
mesti aku menangis terharu. aku kasik A1 untuk karangan harini.
eheh
ceyt..
tharu ka..?? ahahaha
tetibe je nk jd pengarang hebat ari ni..
ini rasa hati aku kot..
wakakaka
=)
ceyt..
tharu ka..?? ahahaha
tetibe je nk jd pengarang hebat ari ni..
ini rasa hati aku kot..
wakakaka
=)
Post a Comment